Friday, August 13, 2010

KEJAYAAN N KEGAGALAN..

kejayaan bukan milik kita sepenuhnya..andai kita lalai dan berbangga dengan kejayaan itu tanpa berusaha untuk menjadi lebih berjaya atau mengekalkan kejayaan itu,berkemungkinan besar kita akan gagal...kegagalan itu juga bukan milik kita...tetapi andai kegagalan itu yang kita perolehi,renung kembali..mungkin ada sesuatu yang menghalang kita untuk berjaya...mungkin usaha kita masih belum mencukupi..mungkin dosa kita menjadi hijab menyebabkan tidak termakbulnya doa kita..tetapi apabila kita telah berusaha bersungguh-sungguh,masih gagal bukan bermakna Allah tidak mendengar kalimah-kalimah doa yang kita bisikkan..bukan Allah tidak ingin memakbulkn permintaan kita..tp sedarlah bahawa.. ini adalah ujian Allah supaya kita lebih dekat denganNYA..DIA suka andai kita berterusan meminta..andai kita belum berjaya pada hari ini,janganlah bersedih duhai teman...insyaAllah kejayaan itu bakal kita perolehi...jangan berhenti berharap dengan rahmat TUHAN...

ya Allah andai kejahilan kami membawa kerugian pada agamaMU..anugerahkanlah kepada kami kecerdikan..

ya Allah andai kecerdikan kami membuatkn kami lalai dan leka,kau berilah ujian kepada kami agar kami tidak berterusan jauh dari rahmatMU..

ya Allah andai ada sesuatu yang menghalang kami untuk mengecapi kejayaan,,KAU rungkaikanlah ia..

ya Allah KAU permudahkanlah segala urusan kami..

ya Allah KAU anugerahkanlah kepada kami kefahaman para anbia', ingatan para rasul,,dan ilham para malaikat.. agar mudah untuk kami mencapai kejayaan..

ya Allah ENGKAU keluarkanlah kami daripada kekejaman dan salah sangka,KAU bukakanlah bagi kami pintu ilmu pengetahuan,KAU terangilah hati kami sebagaimana ENGKAU menerangi matahari dan bulan,dan KAU permudahkanlah bagi kami pintu-pintu pengharapan..

ditujukan kepada semua..khas buat sahabiah2 BBF mu'tah =)

~slmt berimtihan & slmt mempertingkatkan amalan di bulan Ramadhan~
ma'a taufiq wan najah..

maaf atas segala khilaf..moga Allah mengampunkan dosa kita semua..aminn

Wednesday, July 7, 2010

BAI'AH..

Baiat / Baiah / Bai'ah (bahasa Arab: بيعة‎ atau بَيْعَة) ialah perjanjian untuk memberi ketaatan. Orang yang berbaiat ialah seolah-olah ia membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada khalifah. Ia tidak akan melanggar kepada janji-setianya terhadap khalifah dalam urusan tersebut malah ia mestilah mentaati apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sama ada ia suka ataupun ia benci.

Baiah adalah akad antara umat dan calon khalifah untuk menjadi Khalifah atas dasar redha dan pilihan, tanpa ugutan dan paksaan. Allah S.W.T melalui Rasulullah s.a.w. telah menggariskan bahawa akad tersebut adalah baiah.

Sebagaimana layaknya sebuah akad, dalam Baiah perlu ada ijab (penyerahan) dan qabul (penerimaan). Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya mencontohkan bahawa ijab berasal dari umat sebagai pemilik kekuasaan. Calon khalifah mengabulkannya. Ijabnya berupa penyerahan kekuasaan dari rakyat kepada Khalifah untuk menerapkan Islam dan penyerahan ketaatan mereka kepadanya. Qabulnya berupa penerimaan hal tersebut oleh calon khalifah.

Syarat-syarat sah Baiah

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Redha dan atas pilihan

Lafaz Baiah

Lafaz baiah perlu ada 2 perkara :

* Apa yang dikhususkan kepada khalifah - Maka lafaznya merangkumi amal-amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah yakni maksudnya ia menjadi pemimpin dan ketua hukum syarak umat Islam.

* Apa yang dikhususkan kepada umat Islam - Maka lafaznya iltizam umat Islam dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara setakat mana kemampuan mereka.

Hadis tentang baiah

Banyak hadis sahih yang menjelaskan bahawa seseorang sah sebagai Khalifah jika diangkat melalui proses Baiah. Para sahabat pun melakukan hal yang sama. Tidak pernah seseorang menjadi Khalifah tanpa dibaiah. Abu Bakar menjadi Khalifah bukan hasil musyawarah memutuskan beliau sebagai khalifah, tetapi setelah beliau dibaiah di Saqifah. Umar menjadi khalifah bukan setelah pengumuman Abu Bakar tentang hasil musyawarah kaum Muslim, melainkan setelah beliau dibaiah. Demikian juga dengan Uthman dan Ali. Berdasarkan hal tersebut dapat dikatakan bahawa baiah merupakan satu-satunya cara tetap (thariqah) pengangkatan khalifah. Sekalipun disetujui majoriti rakyat atau wakilnya, seseorang belum menjadi khalifah sebelum dibaiah. Begitu juga, warisan atau sistem putera mahkota bukanlah cara pengangkatan khalifah.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Dari Rasulullah saw. beliau bersabda:
“ "Dahulu Bani Israil itu dipimpin oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi mangkat, maka akan digantikan dengan nabi lain. Dan sesungguhnya tidak ada seorang nabi pun setelahku dan akan muncul para khalifah yang banyak. Mereka bertanya: Lalu apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi saw. menjawab: Setialah dengan baiah khalifah pertama dan seterusnya serta berikanlah kepada mereka hak mereka, sesungguhnya Allah akan menuntut tanggung jawab mereka terhadap kepemimpinan mereka." ”

Jenis-jenis baiah

Siapapun yang mengkaji hadis Nabi s.a.w. akan menemukan bahawa baiah terhadap khalifah ada dua jenis:

(1) Baiah In‘iqad, yakni baiah yang menunjukkan orang yang dibaiah sebagai khalifah, pemilik kekuasaan, berhak ditaati, ditolong, dan diikuti;

(2) Baiah Taat, iaitu baiah kaum Muslim terhadap khalifah terpilih dengan memberikan ketaatan kepadanya. Baiah Taat bukanlah untuk mengangkat khalifah, kerana khalifah sudah ada.

Kedua baiah ini juga didasarkan pada Ijmak Sahabat. Misalnya, Abu Bakar diangkat oleh sebagian Sahabat sebagai calon dari semua Sahabat, baik kalangan Muhajirin maupun Anshar. Setelah baiah dilakukan di Saqifah, esoknya kaum Muslim dikumpulkan di masjid. Abu Bakar berdiri di Mimbar. Sebelum Abu Bakar berbicara, Umar bin Khathab antara lain berbicara,

"Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan urusan kalian kepada pundak orang terbaik di antara kalian. Dia Sahabat yang berdua bersama Rasul di gua. Berdirilah kalian, baiahlah dia."

Para Sahabat pun membaiah Abu Bakar setelah pembaiahan di Saqifah. Pembaiahan wakil Sahabat kepada Abu Bakar di Saqifah merupakan Baiah In‘iqad, sedangkan pembaiahan kaum Muslim kepadanya di masjid merupakan baiah taat. Hal serupa terjadi pada khalifah lainnya. Ini merupakan gambaran dan penegasan tentang keredhaan rakyat kepada Khalifah.

Berbeza dengan Baiah In‘iqad yang bersifat pilihan, Baiah Taat wajib atas setiap orang, yang ditunjukkan dengan ketaatan dan ketundukan kepada Khalifah terpilih; taat pada hukum dan perundang-undangan islam yang ditetapkannya.

Baiah adalah sunnah Nabi

Baiah ialah suatu perbuatan sunnah Nabi yang pernah diberikan oleh kaum Muslimin beberapa kali kepada Rasulullah s.a.w semasa baginda masih hidup seperti Baiah Aqabah 1, Baiah Aqabah 2, Baiah Ridhwan. Selepas kewafatan baginda para sahabat terus berbaiat kepada Ulil-Amri (Khalifah) mereka.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari 'Ubadah bin Al-Samit yang menyatakan: "Rasulullah s.a.w telah memanggil kami, lalu kami pun memberi baiah kepada baginda... kemudian 'Ubadah berkata:
“ "Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah s.a.w) dalam perkara yang kami sukai dan kami benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap ketua dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas."

sumber :Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Wednesday, June 30, 2010

semuanya krn ILMU..

Terdapat pelbagai ilmu di dunia ini..ilmu duniawi juga ukhrawi..ilmu fardhu ain..ilmu fardhu kifayah..ilmu berniaga..ilmu bahasa..ilmu itu..ilmu ini..terlalu banyak ilmu..kalau ingin dihuraikan hanya tentang ilmu,subhanallah terlalu banyak cabang-cabangnya..ini memberi petunjuk kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk kita menimba ilmu,sebagaimana sabda baginda Rasululullah sallallahualaihiwasallam : "menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslimin & muslimat"..malahan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada baginda juga adalah tentang ilmu.

Namun dalam kesibukan kita mencari ilmu dunia..kdg2 kita terlupa untuk mencari ilmu ukhrawi sebagai bekalan untuk kehidupan kita di sana yang kekal abadi..walaupun hakikatnya kita adalah mahasiswa yg berada di dalam bidang agama,andai ilmu itu tidak kita cari mustahil ia akan datang dengan bergolek..ilmu yang hanya disampaikan di dalam bilik kuliah adalah tidak mencukupi..terlalu sedikit..andai bukan kita yang mencari manakan dapat kita jumpai permata yang berada di celahan pasir..walaupun hakikatnya permata itu bersinar tetapi tanpa usaha kita,sinarnya tidak akan mampu mmbawa kita menemuinya..

kitalah bakal Da'ie kerana tugas dakwah itu bukan hanya ditaklifkn kepada orang-orang tertentu tetapi.. sebgai seorang yang mengaku beragama islam,wajib bagi kita untuk berdakwah..sebagaimana firman Allah : "serulah manusia kepada kebaikan & cegahlah kemungkaran"..mana mungkin dapat kita sampaikan dakwah andai kita tidak mempunyai ilmu..Tetapi ilmu yang bagaimana kita perlukan sebagai bekal di medan dakwah??? adakah cukup sekadar ilmu di dalam bilik kuliah??itulah yang sering menjadi persoalan..bagi seorang da'ie adakah cukup hanya dengan ilmu ukhrawi untuk menyampaikan dakwah???

Seringkali kita mendengar kata-kata sebilangan mahasiswa.. : belum tentu mereka yang berjaya dalam imtihan dunia akan berjaya dalam imtihan akhirat..tetapi kita perlu ingat..dalam doa kita selalu memohon supaya Allah memberikan kita kejayaan di dunia & juga kejayaan di akhirat..jadi usaha kita juga perlulah untuk kedua-duanya..tidak boleh hanya dipilih salah satu..perlu diambil kedua-duanya sekali..sebagaimana firman Allah : "sesiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah dengan ilmu,dan sesiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu,dan sesiapa yg berkehendakkan kedua-duanya hendaklah dgn ilmu"..jangan kita cepat menghukum manusia tetapi kita perlulah berusaha untuk menjadi yang terbaik..

Sanggupkah kita mendengar penghinaan daripada seorang mad'u kepada seorang da'ie??? semuanya kerana ilmu..da'ie berusaha untuk membimbing mad'u tetapi kadang-kadang da'ie terlepas pandang untuk mempersiapkan dirinya dengan ilmu duniawi..dalam dunia yang penuh dengan noda & dosa ini,,si mad'u kebanyakannya hebat dalam ilmu duniawi tetapi tiada peduli pada ilmu ukhrawi..jadi sebagai da'ie kita perlulah menguasai pelbagai ilmu supaya kita tidak akan diperbodohkn oleh mad'u..

kitalah yang bakal menerajui pucuk pimpinan..walaupun bukan sebagai pemimpin negara tetapi kita adalah bakal suami,bakal isteri,bakal ibu dan bakal bapa..mana mungkin dapat kita lahirkan sebuah masyarakat yang beriman & bertaqwa andai tidak kita mulakn dengan institusi kekeluargaan..mana mungkin dapat kita lahirkan keluarga yang beriman andai kita masih belum cukup taqwanya..mana mungkin kita bertaqwa andai tidak kita selami lautan ilmuNYA..hanya orang yang berilmu takutkan Allah..jadi sebelum mencapai taqwa perlunya kepada ilmu..


tulisan saya ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa..bukan untuk merendahkan sesiapa..bukan untuk mewujudkan sengketa..tetapi tujuan saya menulis untuk kita berkongsi rasa..untuk kita sama-sama merubah suasana..untuk kita bersama menuju redhoNYA..untuk kita bersama menggapai syurga..insyaAllah

Sunday, June 27, 2010

WHEN WE DON'T WANT TO FACE THE TRUTH..

sometime we can't agreed with others..sometime we don't want to tell others what we don't like about them..sometime we can't be open minded when another person talk about our bad habit or our weaknesses...why this matter could happened???..i think everybody knows the reason but sometime we just ignore that..i want to realize all of u and also for myself,,this matter could happen WHEN WE DON'T WANT TO FACE THE TRUTH!!!!
we think we are the KING..we think we are everything..we think we don't have nothing bad..everything perfect..we think we are the cleaverest..we think we are the best..
but remembered.."nobody is perfect"..everybody have their weaknesses..but we always think we are the best!!!!

Wednesday, June 23, 2010

PABILA TEMANMU BERBICARA....

KAU SAHABAT KAU TEMAN..

siapa sahabat siapa teman???
bkn itu yg perlu dpersoalkn..
adakah aku benar2 layak mnjd seorg sahabat???
persoalan itu yg patut kulontarkn...
sejak di bangku sekolah hingga ke menara gading..
tlh ramai yg kutemui..
pelbagai rupa pelbagai karenah..
saat itu terpatrinya kenangan ..
dulu aku tdk betah utk meluahkn..
bhwa aku syg sahabatku..
tp sejak dewasa aku blajar..
blajar utk menyatakn..
wlu bkn dgn perkataan..
tp dgn perlakuan..
aku akn berusaha mengembirakn sahabat2ku..
wlu terkadang hatiku terguris..
namun luka itu cpt sembuh..
demi sebuah persahabatan..
luka yg tercalit xterasa sakit..
smua insan layak mnjd sahabatku..
wlupun aku xmgkin layak..
utk mnjd sahabat mereka..
aku bersahabat bkn krn rupa..
bkn jua krn harta..
jauh sekali krn kepentingan..
tp aku bersahabat krn rsa "MAHABBAH"..
yg dianugerah TUHAN yg Maha penyayang..
mgkin ada insan yg blh hidup tnpa sahabat..
tp tdk aku..
ssh sengsara,,duka derita..
kdg kala xtrasa andai punya sahabat..
senyum,tawa,bhgia,dirasa bersama..
andai dihitung saat yg berlalu..
terlalu byk masa yg aku luangkn bersama sahabat..
berbanding bersama keluarga..
sahabat..
ketahuilah,aku bhgia bersama kalian..
mgkin ada saat n ketika..
stiap tutur kata yg lahir dr bibirku..
lebih tajam dr sebilah pedang..
lebih byk bisa drpd penawar..
di rantau ini aku bersama kalian..
mendaki puncak yg tinggi..
kdg2 terjatuh..
kdg2 tersembam..
kdg2 terluka..
tp smua itu kita hadapi bersama..
terjatuh xtrasa sakitnya..
tersembam xklihatan lukanya..
terluka xkelihatan parutnya..
demi menggapai puncak tertinggi..
ku hulur tgn..
kau sambut dgn senyuman..
moga kejayaan akn mengiringi kalian..
sahabat..
gurau senda,hilai tawa..
kdg kala terselit sengketa..
namun itu semua rencah dlm bersahabat..
sebagaimana rencah dlm masakan..
masam,masin,manis..
kurang enak andai x trasa..
sahabat..
andai maut terlbih dahulu mnjemputku..
andai sukar utk kau kirimkn doa buatku..
hanya 1 yg kupinta drmu..
maafkn segala ksalahanku..
maaf andai aku bknlah sahabat terbaik utkmu..
tp ketahuilah..
engkaulah sahabatku yg teristimewa..

I LOVE MY FRIENDS!!! =)


Sunday, January 3, 2010

BEKALAN PENDAKWAH bila berada di jalan dakwah

عُدَّةُ الدَّاعِي


الفهم الدقيق .1

i- Hendaklah berilmu sebelum beramal

• Berilmu sebelum beramal adalah satu kemestian, lebih-lebih lagi bagi para da’ie.Tanpa ilmu boleh menyebabkan jahil tentang apa yang hendak disampaikan serta menjadikan kemudaratan lebih banyak daripada kemanfaatan.Jurutera dan arkitek membina bangunan.Pendakwah membina dan mengasuh didik manusia

Ilmu berdasarkan al-Quran, sunnah Nabi dan dalil-dalil syarak.

ii- Keutamaan ilmu dan orang yang berilmu ada sedia diketahui. Al-Quran dan as-Sunnah memerintah kita memiliki dan menambah ilmu.

Kata Imam Ahmad, “Manusia lebih berhajat kepada ilmu berbanding makan minum kerana hajat kepada makan minum hanya sekali atau dua kali sehari tetapi hajat manusia kepada ilmu ialah sebanyak mana bilangan hembusan nafas”.

iii- Al-Fahm Ad-Daqiq ialah ilmu yang berhubung dengan kesempurnaan akhirat..

1. Ilmu menggerakkan hatinya untuk melaksanakan ajaran ALLAH sekalipun terasa asing atau terpinggir.

2.Ilmu yang menyebabkan dirinya merasai dekat untuk bermusafir ke alam yang jauh dan tidak kembali lagi.

iv- al-Fahm ad-Daqiq akan dapat diperolehi dengan cara memahami dan mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran.

V- Rukun al-Fahm ad-Daqiq:

a- Da’ie memahami matlamatnya dalam kehidupan dan peranannya di kalangan manusia.
b- Renggang dengan dunia tetapi terikat dengan akhirat.

Hidup hanya bermatlamatkan makan minum dan kelazatan jasad, segala usaha adalah untuk itu. Manusia yang tahu hakikat dan matlamat hidup untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.

Tidak ada yang lebih fasad/rosak/buruk dari hati yang mengikat diri dengan keduniaan serta mengabaikan akhirat.

Cara membersihkan hati dari tawanan dunia ialah:

(I)menanamkan keyakinan bahawa dunia ini fana.
(II)yakin tiba dan kekalnya akhirat serta membandingkan antara kehidupan dunia dan akhirat.

الإيمان العميق .2

i- Iman yang kuat ialah keyakinan bahawa Islam sahajalah agama yang benar,suci yang dikurnia dan diperintahkan untuk didakwahkan. Ini kerana Islam itu adalah petunjuk dari ALLAH.

ii- Keimanan yang tidak akan digoyang oleh tawaran dan suasana sekeliling.

iii- Buah Keimanan ialah:

a- al-Mahabbah – cinta hamba pada TUHAN dan begitulah sebaliknya.
b- al-Khauf – orang yang kenal ALLAH akan takut kepadaNYA. Orang yang takut pada ALLAH tidak akan takut sesama manusia.
c- ar-Raja’ – meletakkan pengharapan pada ALLAH setelah gigih berusaha serta tidak putus asa.

الاتصال الوثيق .3

Iaitu meletakkan pergantungan dan tawakkal hanya kepada ALLAH dalam semua keadaan SERTA berkeyakinan hanya ALLAH sahaja yang dapat memberi manfaat dan mudarat.
Hubungan dengan ALLAH tambah erat apabila menyedari makhluk tidak memberi manfaat dan mudarat.

Para da’ie tidak boleh menetapkan batas waktu dan bentuk pertolongan ALLAH.
Al-Ittisal ini juga menjadikan para da’ie dapat mengatasi kesulitan dan meringankan penderitaan yang dialami. sekian terima kasih.

JANGAN CARI SALAH ORANG

Bismillahirrahmanirrahim...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Manusia adalah makhluk ALlah yang ada nafsu dan akal.
Manusia bukannya Malaikat yang tiada nafsu,
Manusia bukannya Nabi dan Rasul yang maksum, terpelihara daripada melakukan maksiat.

Oleh kerana itu kita sebagai manusia ada banyak kelemahan.
Kelemahan menghadapi bujukan syaitan,
Kelemahan mengurus harta benda,
Kelemahan menghadapi pujukan dan fitnah wanita,
dan pelbagai lagi godaan duniawi yang menyebabkan kita....
-tersasar melakukan maksiat dan kedurhakaan kepada ALlah dan manusia.
-melakukan kesilapan dan keslahan.

Oleh sebab itu JANGAN CARI SALAH ORANG kerana kalau cari dan dicari-cari pasti akan bertemu.

Mari kita lihat tulisan Syeikh Abdul Muhsien bin al-'Abad al-Badr dalam kitabnya RIFQAN AHLU SUNNAH BI AHLU SUNNAH.
Firman Allah:

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُو ا }
“Hai orang-orang yang beriman jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”.

Dalam ayat yang mulia ini perintah untuk menjauhi kebanyakan dari berprasangka, kerana sebahagiannya adalah dosa, dan larangan dari mencari-cari kesalahan orang lain, iaitu mencungkil-cungkil tentang keburukan orang lain, hal itu terjadi adalah akibat dari berburuk sangka.

Rasulullah S.a.w bersabda:
((إِيَّاكُمْ وَالظَنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابَرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً)).

“Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang keburukan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara” (H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563).

Berkata Amirul Mukminiin Umar bin Khatab: “Janganlah kamu menyangka terhadap sebuah perkataan yang keluar dari mulut saudaramu yang beriman kecuali terhadap hal yang baik, sa’at engkau dapat untuk membawanya ke arah yang baik”. (disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam mentafsirkan surat Al Hujurat).

Berkata Bakar bin Abdullah Al Muzany, sebagaimana yang terdapat dalam biografinya dalam kitab “Attahzib Tahziib”: Hati-hatilah kamu terhadap perkataan sekali pun kamu benar dalamnya kamu tidak diberi pahala, dan jika kamu tersalah kamu memikul dosa, iaitu berburuk sangka terhadap saudaramu”.

Berkata Abu Qilabah Abdullah bin Zaid Al Jurmy sebagaimana dalam kitab “Al Hilyah” karangan Abu Nu’aim (2/285):
“Bila sampai kepadamu sesuatu yang kamu benci dari saudaramu, maka berusahalah untuk mencarikan alasan untuknya, jika kamu tidak menemukan alasan untuknya, maka katakanlah dalam hatimu: mungkin saja saudaraku punya alasan yang aku tidak mengetahuinya”.

Berkata Sufyan bin Husain: “Aku menyebut keburukan seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyah, maka ia menatap muka ku, dan berkata: apakah engkau ikut berperang melawan Romawi?, aku jawab: tidak, ia bertanya lagi melawan Sanad, India, dan Turki, aku jawab: tidak, ia berkata lagi: apakah merasa aman darimu Romawi, Sanad, India dan Turki, namun saudaramu sesama muslim tidak merasa aman darimu, berkata Sufyan bin Husain: aku tidak mengulanginya lagi sesudah itu”. (lihat Al Bidayah wan Nihayah karangan Ibnu Katsir (13/121).Alangkah bagusnya jawaban dari Iyas bin Mu’awiyah tersebut yang sangat terkenal dengan kecerdasannya, jawapan di atas adalah salah satu bukti dari kecerdasannya.

Berkata Abu Hatim bin Hibban Al Busty dalam kitabnya Raudhatul ‘Uqola’, halaman (131) : “Keharusan bagi orang yang punya akal untuk tetap berada dalam keadaan selamat dari mencari-cari tentang keburukan (‘aib) orang lain, hendaklah ia sibuk memperbaiki keburukan dirinya, sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukannya sendiri dari pada mencari keburukan orang lain, badannya akan tenteram dan jiwanya akan tenang, maka setiap ia melihat keburukan dirinya, maka akan semakin hina di hadapannya apabila ia melihat keburukan tersebut pada saudaranya, sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukan orang lain dari memperhatikan keburukan dirinya, hatinya akan buta, badannya akan letih, dan akan sulit baginya untuk meninggalkan keburukan dirinya sendiri”.

Ia (Ibnu Hibban berkata lagi) masih dalam kitab tersebut, halaman (133): “Mencari-cari keburukan orang lain adalah salah satu cabang dari sifat kemunafikan, sebagaimana berbaik sangka adalah salah satu dari cabang keimanan, orang berakal sihat selalu berbaik sangka dengan saudaranya, dan menyendiri dengan kesusahan dan kesedihannya, orang yang jahil (tolol) selalu berburuk sangka dengan saudaranya, dan tidak mahu berfikir tentang kesalahan dan penderitaannya”.

Ingat sahabat-sahabat sekalian,

Di hadapan kita hanya ada satu pilihan......samada dosa atau pahala. neraka atau syurga, Jadi kita tiada pilihan melainkan satu iaitu pahala dan syurga.

Moga ALlah memelihara saya dan saudara-saudara seagama dan seperjuangan dari sifat berprasangka buruk dan mencari-cari kesalahan orang lain.

Saturday, January 2, 2010

“PEMILIHAN PASANGAN HIDUP PENENTU GENERASI CEMERLANG”

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah kita bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan segala titah perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang yang paling mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Minbar pada hari ini akan membincangkan tajuk "Pemilihan Pasangan Hidup Penentu Generasi Cemerlang".

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Perkahwinan adalah satu tuntutan dalam Islam. Antara perkara penting sebelum memasuki alam perkahwinan ialah hal berkaitan dengan pemilihan jodoh kerana dari sinilah bermulanya masa hadapan rumahtangga yang dibina. Sekiranya rumahtangga tadi dibangunkan dengan keimanan, ketakwaan, kasih sayang dan dengan penuh amanah maka ia menjadi pemangkin kepada kewujudan generasi yang baik dan cemerlang.

Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap untuk bakal-bakal suami dan isteri di dalam memilih pasangan hidup. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

"عَنِ النَّبِيِّ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ‏ ‏تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلأََرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ ‏ ‏تَرِبَتْ يَدَاكَ ".

(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Dikahwini wanita kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh itu utamakanlah wanita yang beragama nescaya kamu akan beruntung.”

Apa yang dapat sama-sama kita fahami dari maksud hadis ini, iaitu ciri-ciri yang paling baik dalam memilih jodoh ialah mereka yang berpengetahuan dan beramal dengan ajaran agama.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan. Islam sangat menekankan isu ini disebabkan kesannya di dalam kehidupan bermasyarakat dan keharmonian negara adalah amat besar kerana jika isu ini sampai ke tahap pergaduhan atau perceraian antara suami isteri ia boleh mengakibatkan nasib anak-anak terumbang ambing. Jika demikian, bagaimanakah generasi masa depan yang cemerlang itu dapat dihasilkan? sudah tentu apa yang diharapkan ibarat bermimpi di siang hari semata-mata.

Tanggungjawab membentuk keluarga yang bahagia dan melahirkan generasi cemerlang amatlah berat. Justeru, keteguhan pegangan agama suami isteri perlu dipertingkatkan agar kita lebih bersedia menghadapi ujian dan cabaran. Firman Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat 28:

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa harta benda dan anak pinak kamu itu merupakan satu ujian. Dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sehubungan dengan itu, sebagai ibu bapa, marilah sama-sama kita tanamkan asas agama yang kukuh ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi. Berikan mereka bimbingan dan panduan tepat tentang kehidupan berkeluarga agar anak-anak tahu dan faham tentang adab pergaulan sesama manusia yang berlainan jantina, mengawal dan mengurus perasaan cinta kepada orang lain serta batas-batas yang sesuai dengan ajaran agama dan adat budaya tempatan. Mana mungkin kehidupan rumahtangga yang bercampur ketaatan dengan maksiat dapat mewujudkan generasi yang cemerlang dan sejahtera. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis daripada Abu Hurairah RA:

‏قَالَ النَّبِيُّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا‏ ‏جَدْعَاءَ. ‏

Bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.”

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa ibu bapalah yang mencorak keperibadian anak-anak. Lihat apa kata bapa Anas Bin Malik RA ketika ditanya bagaimanakah beliau mendidik anaknya sehingga menjadi seorang ulama besar. Beliau menjawab : “Ia bergantung kepada cara memilih calon ibunya”. Dengan kata lain, pemilihan calon pasangan hidup yang tepat daripada perspektif Islam adalah satu detik permulaan yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah rumahtangga dan keluarga yang hendak dibina.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sesungguhnya anak-anak hari ini bakal membentuk rumahtangga di masa hadapan. Maka minbar yang mulia ini menyeru, marilah kita memastikan anak-anak kita kukuh pegangan akidahnya, mulia akhlaknya dan istiqamah dalam ibadahnya, itulah yang dikatakan insan yang terpancar pada dirinya nilai-nilai penghayatan agama yang kuat dan teguh. Apabila ini dapat dilaksanakan, InsyaAllah sebarang bentuk ancaman dapat dihadapi dan tidak mudah terperangkap dengan gerakan atau dakyah yang menyeleweng lebih-lebih lagi oleh ajaran-ajaran yang telah difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama.

Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 26:

Maksudnya: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat; mereka itu akan beroleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia.”

dipetik drpd khutbah jumaat jabatan agama islam malaysia
bertarikh : 18.04.2008