Sunday, January 3, 2010

BEKALAN PENDAKWAH bila berada di jalan dakwah

عُدَّةُ الدَّاعِي


الفهم الدقيق .1

i- Hendaklah berilmu sebelum beramal

• Berilmu sebelum beramal adalah satu kemestian, lebih-lebih lagi bagi para da’ie.Tanpa ilmu boleh menyebabkan jahil tentang apa yang hendak disampaikan serta menjadikan kemudaratan lebih banyak daripada kemanfaatan.Jurutera dan arkitek membina bangunan.Pendakwah membina dan mengasuh didik manusia

Ilmu berdasarkan al-Quran, sunnah Nabi dan dalil-dalil syarak.

ii- Keutamaan ilmu dan orang yang berilmu ada sedia diketahui. Al-Quran dan as-Sunnah memerintah kita memiliki dan menambah ilmu.

Kata Imam Ahmad, “Manusia lebih berhajat kepada ilmu berbanding makan minum kerana hajat kepada makan minum hanya sekali atau dua kali sehari tetapi hajat manusia kepada ilmu ialah sebanyak mana bilangan hembusan nafas”.

iii- Al-Fahm Ad-Daqiq ialah ilmu yang berhubung dengan kesempurnaan akhirat..

1. Ilmu menggerakkan hatinya untuk melaksanakan ajaran ALLAH sekalipun terasa asing atau terpinggir.

2.Ilmu yang menyebabkan dirinya merasai dekat untuk bermusafir ke alam yang jauh dan tidak kembali lagi.

iv- al-Fahm ad-Daqiq akan dapat diperolehi dengan cara memahami dan mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran.

V- Rukun al-Fahm ad-Daqiq:

a- Da’ie memahami matlamatnya dalam kehidupan dan peranannya di kalangan manusia.
b- Renggang dengan dunia tetapi terikat dengan akhirat.

Hidup hanya bermatlamatkan makan minum dan kelazatan jasad, segala usaha adalah untuk itu. Manusia yang tahu hakikat dan matlamat hidup untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.

Tidak ada yang lebih fasad/rosak/buruk dari hati yang mengikat diri dengan keduniaan serta mengabaikan akhirat.

Cara membersihkan hati dari tawanan dunia ialah:

(I)menanamkan keyakinan bahawa dunia ini fana.
(II)yakin tiba dan kekalnya akhirat serta membandingkan antara kehidupan dunia dan akhirat.

الإيمان العميق .2

i- Iman yang kuat ialah keyakinan bahawa Islam sahajalah agama yang benar,suci yang dikurnia dan diperintahkan untuk didakwahkan. Ini kerana Islam itu adalah petunjuk dari ALLAH.

ii- Keimanan yang tidak akan digoyang oleh tawaran dan suasana sekeliling.

iii- Buah Keimanan ialah:

a- al-Mahabbah – cinta hamba pada TUHAN dan begitulah sebaliknya.
b- al-Khauf – orang yang kenal ALLAH akan takut kepadaNYA. Orang yang takut pada ALLAH tidak akan takut sesama manusia.
c- ar-Raja’ – meletakkan pengharapan pada ALLAH setelah gigih berusaha serta tidak putus asa.

الاتصال الوثيق .3

Iaitu meletakkan pergantungan dan tawakkal hanya kepada ALLAH dalam semua keadaan SERTA berkeyakinan hanya ALLAH sahaja yang dapat memberi manfaat dan mudarat.
Hubungan dengan ALLAH tambah erat apabila menyedari makhluk tidak memberi manfaat dan mudarat.

Para da’ie tidak boleh menetapkan batas waktu dan bentuk pertolongan ALLAH.
Al-Ittisal ini juga menjadikan para da’ie dapat mengatasi kesulitan dan meringankan penderitaan yang dialami. sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment