Wednesday, December 16, 2009

" APABILA SEMUA BERHAK BERCAKAP "

Sebenarnya TUJUAN di sebalik penulisan yang tidak seberapa ini cuba menyedarkan pembaca terhadap kroniknya isu "apabila semua berhak bercakap"..maka akan ada kesan yang tidak senang malah menjelikkan dan memalukan..saya percaya pastinya teman-teman di luar sana bisa berhadapan dalam situasi sebegini,maka tidak dapat tidak perlu diketahui hak untuk bercakap itu memang tiada penafiannya tetapi apabila ia sudah didasari tanpa adabiyyat berpendapat dalam perkara2 khilaf..maka itulah penyakitnya yang perlu dirawat segera!!

Menyingkap kembali wasiat Asy-Syahid Hassan Albanna dalam meniliti ANCAMAN seorang pendakwah itu dalam menjaga lisannya sahaja ada 4 iaitu :

Jangan Banyak BERDEBAT - Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat.Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual.

Mereka mungkin tak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan.

Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

JAUHI BICARA AIB orang lain -Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Sepotong hadis sbg renungan,Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

Jangan banyak bergurau dan ketawa - Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram :Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).

Elakkan bercakap nyaring - Percakapan yang nyaring dan terlebih kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri."Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19].Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Maka pada akhirnya di manakah betul dan salahnya kita kalau lisan tidak mampu mengotakan pada amal fardi dan amal dakwi masing-masing..??

Berhentilah seketika merenung HATI sebagai tasdiqnya IMAN, LISAN sebagai taqrirnya FAHAM, dan ANGGOTA sebagai amalnya IKHLAS..

CUKUPLAH MENAMBAHKAN DOSA KERANA PERBUATAN..SEDAR DIRI SENDIRI..DAN JANGAN BIARKAN IA BERTAMBAH PARAH LAGI..

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa menaati Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar”(QS al-Ahzab: 70-71)

"فليقل خيراً أو ليصمت"

Sekadar coretan buat renungan bagi mereka yang mahu berfikir...juga peringatan utk diri saya sendiri…

3 TANDA - TANDANYA

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1. Jujur dalam berkata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

petikan kata2 dari buku Don't be sad

Mereka tidak akan diam dari mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam tanah, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. Sekiranya anda masih berada di tengah-tengah mereka maka akan tetap ada perbuatan mereka yg membuat anda bersedih hati dan menitiskan air mata, atau membuat tempat tidur anda gersang.

Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh., dan manusia tidak akan menendang anjing yang sudah mati. Kalau mereka marah dan kesal kepada anda adalah kerana mungkin anda mengatasi mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tingkah-laku atau harta. Pendek kata, anda pada pandangan mereka adalah orang berdosa yang tidak boleh diampunkan hingga anda melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah
yg ada pada diri anda, atau hingga anda meninggalkan semua sifat2 terpuji dan nilai2 mulia yang selama ini anda pegang teguh. Dan jika anda menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil, memang itulah yang mereka inginkan berlaku pada anda.

Sebab itu, berwaspada terhadap apa yang mereka katakan; kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan: tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan2 salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya. Dengan kata lain, jika anda merasa terusik dan terpengaruh dengan kritikan atau cemuhan mereka, bermakna anda sudah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan hidup anda.

MENGUBATI MULUT CELUPAR

Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan drpd kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

"SEBAB PULUT SANTAN BINASA,SEBAB MULUT BADAN BINASA "

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh Waridhwanu. Sesungguhnya memberi salam itu adalah sunnah, dan menjawab salam itu adalah wajib hukumnya.

Untuk quick post kali ini, saya ingin membincangkan satu topik, satu isu yang dah sememangnya relevant, evergreen. Setiap masa, setiap ketika memang relevant iaitu kerana mulut. Bak kata pepatah Melayu "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". Agak musykil jugak, betul ke peribahasa ni ? Ingat-ingat lupa pulak. Huhu.. Apakah sebenarnya paradigma songsang tentang mulut ?

Paradigma Songsang Tentang Mulut :
1. Apa nak buat, Allah jadikan saya banyak mulut
2. Semua orang ada masalah mulut, biasalah tu
3. Kita bercakap perkara yang betul, bukannya mengumpat
4. Mana ada orang dalam dunia ni tak mengumpat

Satu persoalan. Pernah tak ada suatu ketika kita TERcakap bahasa yang bukan-bukan ataupun lebih dengan sinonim bahasa kasar ? Pasti ada bukan. Cuba bayangkan, nak ke orang yang kita cakap kasar tadi bercakap dengan kita lepas ni ? Bukan sekadar nak bertegur, nak main kelip-kelip mata pun jangan harapla. Jadi tidak akan rugi kalau kita bercakap elok-elok dengan orang yang kita cakap kasar tadi. Apa yang penting jaga mulut dan jaga lisan.

Seterusnya, pernah tak pada suatu ketika kita gatal-gatal mulut mengumpat orang. Contohnya, "Betul ke keiroro tu pernah berSCANDAL dengan Liyana Jasmay ?". Erghhh! Senang-senang je nak mengumpat erk ? Ni lah dia salah satu budaya yang tidak baik, ringan mulut untuk mengata orang. Padahal mengutuk orang itu berdosa besar wahai shbt2 sekalian. Dah la berdosa besar, siap menempah tiket di neraka lagi tau. Ishh3.. Nak ke masuk neraka wahai shbt2 sekalian ? Mengikut apa yang baru saya refresh dr dlm minda serba sedikit ilmu yg pernah saya belajar dulu, rupanya orang yang suka mengumpat ni berkawan dengan syaitan yang bernama Masuud. Masuud ni nama glamour syaitan ni. Syaitan ni suka lepak-lepak di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata mulut.

Seorang imam pernah berkata kepada anak muridnya, "Buatlah apa yang Allah suka, walaupun semua orang benci tapi jangan buat apa yang orang suka sebab takut-takut Allah benci". Lagi sekali aku nak ingatkan buat apa yang Allah suka, walaupun orang benci tapi jangan buat apa yang Allah benci walaupun apa yang orang suka. Mengumpat ni orang suka dengar tau tapi Allah teramat sangatlah benci. Jadi, kepada para pengumpat,juga diri saya sendiri, muhasabahlah diri dan bertekad untuk berubah. Ingat! syaitan glamour yng bernama Masuud tadi. Dia akan terus kacau, kacau, dan terus mengacau untuk mudah kita tidak menjaga mulut dan ringan mulut untuk mengumpat, mengata, dan sebagainya.
Mari kita menjangkau seketika apa paradigma songsang yang telah kita lakukan tentang salah silap mulut kita ni. Antara punca dari mulut ialah mulut murai sebab banyak sangat cakap, mengumpat, mulut laser. Kalau dah mulut laser tu, hati mesti kotor, orang mengumpat hati mesti kotor. Kombinasi yang berlaku, segala apa yang tersirat pada hati yang kotor pasti akan terkeluar di mulut. Hati mengawal minda, minda mengawal mulut maka mesti kotor punya. Selain itu, berbohong, batu api, fitnah, pecah rahsia, keluar bahasa kesat, takbur, sindir, ketawakan orang, dan ringan mulut pun turut sama.

Adakah berdosa cakap tentang keburukan orang lain tetapi bercakap perkara yang benar ? Memang benarlah, bercakap sesuatu yang benar tapi buruk itu mengumpat dan kalau tidak benar itu namanya mengumpat wahai shbt2 sekalian. So, memanglah berdosa. Ini salah satu paradigma yang selalu kita silap sebab bercakap sesuatu yang benar tentang seseorang tetapi di belakangnya mengumpat. Of course la berdosa besar. Kalau bercakap di depan seseorang pula, itu namanya mengata. Berdosa besar juga tu kalau orang tersebut kecil hati.

Marilah kita sama-sama merenung serta mengambil intabih drpd hadis nabi s.a.w yg berbunyi "Barang siapa yang diam nescaya dia akan selamat", hadis riwayat at-Tarmizi. So, kita kena belajar diam. Bak kata pepatah arab, "Diam itu emas, berkata yang baik-baik itu ialah berlian,mutiara dan seangkatan dengannya". Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda, "Punca masuk neraka melalui 2 lubang iaitu mulut dan kemaluan". So, jaga baik-baik. Salah cakap masuk neraka. Sabda nabi juga, "Kesalahan anak Adam yang paling banyak terletak pada lidahnya". Antara perkara yang wajib kita berikan perhatian adalah perihal lidah. Lidah merupakan anggota yang kecil dan tidak bertulang. Akan tetapi ia mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Lidah boleh mengangkat seseorang. Lidah juga boleh menjatuhkan seseorang. Lidah boleh membawa kejayaan. Lidah juga boleh membawa kebinasaan. Walau apa pun cara yang terbaik ialah banyak-banyaklah berdoa. Lepas sembahyang berdoa supaya Allah jadikan kita orang yang jaga mulut. Dan tidak lupa juga kepada mami-mami jarum, sudah-sudahlah mengumpat. Akhir kata, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Saturday, December 5, 2009

HABLUM MINANNAS

MASALAH!!!! Sntiasa menjengah dlm khdpn…WHY????? Persoalannya…HOW????? penyelesaiannya…Diam mnimbulkn persoalan!!!! Lari bkn pnyelesaian!!!!..BETTER????? face 2 face n talk!!!! THAT’S THE RIGHT WAY!!!! Think positive n be matured…ukhwah itu indah andai krn ALLAH...

" hablum minallah wa hablum minannas "...jagalah hubungan kamu dengan Allah dan hubungan kamu sesama manusia...

Lihatlah betapa pentingnya menjaga hubungan sesama manusia sehingga Allah sebut dlm kalam-NYA...Jadi di sini saya ingin mnyeru kpd diri saya & sahabat2 semua supaya dpt menjaga hubungan sesama kita....indahnya ukhuwwah itu andai dibaja n disiram dgn iman & taqwa ...

Tanda Taubat diterima

SEORANG ahli hikmah berkata:

Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.
Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:

1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin