Wednesday, December 16, 2009

"SEBAB PULUT SANTAN BINASA,SEBAB MULUT BADAN BINASA "

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh Waridhwanu. Sesungguhnya memberi salam itu adalah sunnah, dan menjawab salam itu adalah wajib hukumnya.

Untuk quick post kali ini, saya ingin membincangkan satu topik, satu isu yang dah sememangnya relevant, evergreen. Setiap masa, setiap ketika memang relevant iaitu kerana mulut. Bak kata pepatah Melayu "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". Agak musykil jugak, betul ke peribahasa ni ? Ingat-ingat lupa pulak. Huhu.. Apakah sebenarnya paradigma songsang tentang mulut ?

Paradigma Songsang Tentang Mulut :
1. Apa nak buat, Allah jadikan saya banyak mulut
2. Semua orang ada masalah mulut, biasalah tu
3. Kita bercakap perkara yang betul, bukannya mengumpat
4. Mana ada orang dalam dunia ni tak mengumpat

Satu persoalan. Pernah tak ada suatu ketika kita TERcakap bahasa yang bukan-bukan ataupun lebih dengan sinonim bahasa kasar ? Pasti ada bukan. Cuba bayangkan, nak ke orang yang kita cakap kasar tadi bercakap dengan kita lepas ni ? Bukan sekadar nak bertegur, nak main kelip-kelip mata pun jangan harapla. Jadi tidak akan rugi kalau kita bercakap elok-elok dengan orang yang kita cakap kasar tadi. Apa yang penting jaga mulut dan jaga lisan.

Seterusnya, pernah tak pada suatu ketika kita gatal-gatal mulut mengumpat orang. Contohnya, "Betul ke keiroro tu pernah berSCANDAL dengan Liyana Jasmay ?". Erghhh! Senang-senang je nak mengumpat erk ? Ni lah dia salah satu budaya yang tidak baik, ringan mulut untuk mengata orang. Padahal mengutuk orang itu berdosa besar wahai shbt2 sekalian. Dah la berdosa besar, siap menempah tiket di neraka lagi tau. Ishh3.. Nak ke masuk neraka wahai shbt2 sekalian ? Mengikut apa yang baru saya refresh dr dlm minda serba sedikit ilmu yg pernah saya belajar dulu, rupanya orang yang suka mengumpat ni berkawan dengan syaitan yang bernama Masuud. Masuud ni nama glamour syaitan ni. Syaitan ni suka lepak-lepak di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata mulut.

Seorang imam pernah berkata kepada anak muridnya, "Buatlah apa yang Allah suka, walaupun semua orang benci tapi jangan buat apa yang orang suka sebab takut-takut Allah benci". Lagi sekali aku nak ingatkan buat apa yang Allah suka, walaupun orang benci tapi jangan buat apa yang Allah benci walaupun apa yang orang suka. Mengumpat ni orang suka dengar tau tapi Allah teramat sangatlah benci. Jadi, kepada para pengumpat,juga diri saya sendiri, muhasabahlah diri dan bertekad untuk berubah. Ingat! syaitan glamour yng bernama Masuud tadi. Dia akan terus kacau, kacau, dan terus mengacau untuk mudah kita tidak menjaga mulut dan ringan mulut untuk mengumpat, mengata, dan sebagainya.
Mari kita menjangkau seketika apa paradigma songsang yang telah kita lakukan tentang salah silap mulut kita ni. Antara punca dari mulut ialah mulut murai sebab banyak sangat cakap, mengumpat, mulut laser. Kalau dah mulut laser tu, hati mesti kotor, orang mengumpat hati mesti kotor. Kombinasi yang berlaku, segala apa yang tersirat pada hati yang kotor pasti akan terkeluar di mulut. Hati mengawal minda, minda mengawal mulut maka mesti kotor punya. Selain itu, berbohong, batu api, fitnah, pecah rahsia, keluar bahasa kesat, takbur, sindir, ketawakan orang, dan ringan mulut pun turut sama.

Adakah berdosa cakap tentang keburukan orang lain tetapi bercakap perkara yang benar ? Memang benarlah, bercakap sesuatu yang benar tapi buruk itu mengumpat dan kalau tidak benar itu namanya mengumpat wahai shbt2 sekalian. So, memanglah berdosa. Ini salah satu paradigma yang selalu kita silap sebab bercakap sesuatu yang benar tentang seseorang tetapi di belakangnya mengumpat. Of course la berdosa besar. Kalau bercakap di depan seseorang pula, itu namanya mengata. Berdosa besar juga tu kalau orang tersebut kecil hati.

Marilah kita sama-sama merenung serta mengambil intabih drpd hadis nabi s.a.w yg berbunyi "Barang siapa yang diam nescaya dia akan selamat", hadis riwayat at-Tarmizi. So, kita kena belajar diam. Bak kata pepatah arab, "Diam itu emas, berkata yang baik-baik itu ialah berlian,mutiara dan seangkatan dengannya". Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda, "Punca masuk neraka melalui 2 lubang iaitu mulut dan kemaluan". So, jaga baik-baik. Salah cakap masuk neraka. Sabda nabi juga, "Kesalahan anak Adam yang paling banyak terletak pada lidahnya". Antara perkara yang wajib kita berikan perhatian adalah perihal lidah. Lidah merupakan anggota yang kecil dan tidak bertulang. Akan tetapi ia mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Lidah boleh mengangkat seseorang. Lidah juga boleh menjatuhkan seseorang. Lidah boleh membawa kejayaan. Lidah juga boleh membawa kebinasaan. Walau apa pun cara yang terbaik ialah banyak-banyaklah berdoa. Lepas sembahyang berdoa supaya Allah jadikan kita orang yang jaga mulut. Dan tidak lupa juga kepada mami-mami jarum, sudah-sudahlah mengumpat. Akhir kata, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

No comments:

Post a Comment