Wednesday, December 16, 2009

petikan kata2 dari buku Don't be sad

Mereka tidak akan diam dari mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam tanah, menaiki tangga ke langit, dan berpisah dengan mereka. Sekiranya anda masih berada di tengah-tengah mereka maka akan tetap ada perbuatan mereka yg membuat anda bersedih hati dan menitiskan air mata, atau membuat tempat tidur anda gersang.

Ketahuilah bahawa orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh., dan manusia tidak akan menendang anjing yang sudah mati. Kalau mereka marah dan kesal kepada anda adalah kerana mungkin anda mengatasi mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tingkah-laku atau harta. Pendek kata, anda pada pandangan mereka adalah orang berdosa yang tidak boleh diampunkan hingga anda melepaskan semua anugerah dan nikmat Allah
yg ada pada diri anda, atau hingga anda meninggalkan semua sifat2 terpuji dan nilai2 mulia yang selama ini anda pegang teguh. Dan jika anda menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil, memang itulah yang mereka inginkan berlaku pada anda.

Sebab itu, berwaspada terhadap apa yang mereka katakan; kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka. Bersikaplah bagai batu batan: tetap kukuh berdiri sekalipun diterpa ketulan2 salji tiap-tiap saat dan ia bahkan bertambah kukuh kerananya. Dengan kata lain, jika anda merasa terusik dan terpengaruh dengan kritikan atau cemuhan mereka, bermakna anda sudah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan hidup anda.

No comments:

Post a Comment