Saturday, November 28, 2009

INFO KESIHATAN

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim

- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara

- bengkak atau gumpalan di buah dada
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar

- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit

(6) Kanser limpa

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personality.

(9) Kanser prostat

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak

- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10) Keturunan


Diet Tidak Seimbang Dan Kadar Asid Yang Tinggi Di Dalam Badan

Jika kita kerap mengambil makanan yang tidak berkhasiat, atau mempunyai diet yang tidak seimbang maka peluang untuk kita mendapat kanser juga menjadi tinggi. Secara logiknya, makanan yang terlalu berlemak mempunyai lebih banyak kemudaratan dari kemanfaatan.

Daging merah menyebabkan badan kita mempunyai kadar asid yang tinggi. Manakala sayur-sayuran mempunyai kadar alkali yang tinggi. Begitu juga dengan serat di dalam bijirin terutamanya biji buah apricot dan buhan-buahan. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan berserat tinggi membantu merendahkan kadar asid di dalam badan.

Pengambilan Pil Perancang Keluarga
Mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh yang lama juga meninggikan kebarangkalian untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara.

Dedahan kepada Radiasi
Dedahan kepada kadar radiasi yang melampau atau kerap adalah punca kepada kerosakan DNA kita dan telah dikenalpasti sebagi punca kepada pelbagai jenis kanser, terutamanya di sistem darah dan kelenjar kita. Walau bagaimanapun, x-ray dada dan mammogram mempunyai kadar radiasi yang rendah dan tidak menyumbang kepada kerosakan DNA serta punca kerosakan sel badan yang menyebabkan kanser.

Dedahan kepada Agen-agen Berkarsinogen
Makanan yang dimasak menggunakan minyak jelantah (Minyak yang telah diguna berkali-kali) mempunyai kadar karsinogen yang tinggi. Apakah karsinogen? Karsinogen ialah satu bahan/material yang menghasilkan kanser. Sebaiknya buang minyak setelah 2-3 kali menggunakannya.

Memakan makanan yang dipanggang atau di-gril juga mempunyai karsinogen yang tinggi. Satay, ayam percik, kebab, ikan panggang adalah antara makanan-makanan yang dimasak dengan proses tersebut. Jika ingin memakannya, pastikan bahagian yang terbakar atau hangus dikikis kerana di situlah karsinogen terkumpul. Jika memakan satay pula, pastikan timunnya dimakan juga kerana ianya meneutralkan karsinogen yang ada pada satay itu.


Diet yang dapat menentang kanser:

• Elakkan atau sekurang-kurangnya hadkan pengambilan daging merah kepada maksimum 80gm sehari. Anggapkan daging merah hanya sebagai penambah kepada hidangan bukan sebagai hidangan utama.
• Jangan makan kulit ayam atau itik. Cuba cari ayam kampung yang tidak disuntik antibiotik atau hormon.
• Elakkan makan bahagian organ dalaman seperti hati, ginjal otak dan sebagainya.
• Elakkan produk-produk tenusu yang tinggi lemak.
• Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu. Lemak tepu binatang menggalakkan kanser ovari dan payudara.
• Elakkan daging dan ikan yang dipanggang, digoreng dengan minyak yang sudah diguna berkali-kali, disalai atau dibakar. Membakar atau memanggang di dalam ketuhar atau oven jauh lebih selamat.
• Elakkan makanan yang mengandungi perisa, pewarna dan bahan pengawet seperti ikan masin, cincaluk, belacan, acar, buah-buahan jeruk, makanan diawet, dan semua makanan yang ditinkan.
• Kurangkan garam, kicap soya dan mSG. Banyakkan penggunaan rempah ratus.
• Elakkan mengambil pemanis tiruan seperti sakarin dan siklamat.
• Jangan makan makanan yang telah berkulat.
• Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.
• Elakkan menggunakan minyak masak, marjerin dan produk berminyak yang mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen). Gantikan penggunaan minyak masak kelapa sawit dengan minyak zaitun, minyak bunga bunga matahari dan minyak biji apricot. Begitu juga dengan marjerin.
• makan makanan yang kaya dengan b17

Rancangan pemakanan yang disarankan:
• Kulit ayam/itik mesti dibuang.
• Makan banyak sayur-sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga, bok choy, sengkuang, kobis dan salad/lettuce. Kukus, reneh, celur atau makan mentah.
• Makan sekurang-kurang 3 hidangan ikan air sejuk seperti: salmon, tuna, tenggiri, kod.
Makan banyak gentian dan bijirin berserat dari sayur-sayuran, buah-an, kekacang dan bijirin.
• Makan tempeh, tofu, tahu, taufu fah dan air kacang soya.
• Beli sayuran organik jika mudah didapati.
• Makan cendawan payung, tiram, shitake, mitake atau timur-barat (cendawan kampung yang tumbuh selepas hujan).
• Makan makanan yang mempunyai betakeratone , karotenoid dan flavonoid seperti tembikai, betik, tomato dan carrot.
• Makan banyak sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau, kucai dan daun bawang.
• Sentiasa minum banyak air yang bersih baik dimasak atau mineral mineral.
• Buang kentang, bawang yang sudah bertunas. Tempat ia bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen-agen kanser.
• Makanlah spirulina iaitu sejenis makanan lengkap. Ianya mengandungi 65% protein sayuran dan keseluruhan vitamin, mineral, antioksidan, klorofil, dan fitonutrien yang membantu meningkatkan fungsi imun untuk menentang kanser.
• Kurang minum minuman bergula. Jauhi minum minuman dalam tin atau bergas.
• Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat dengan lemak, gula dan garam.
• Apabila makan diluar, pilih makanan kukus, sup, reneh/stew atau oven-grilled.
Faktor-faktor lain yang membantu menghalang pertumbuhan kanser:
• Redha atau menerima dugaan yang mendatang dengan lapang hati adalah penting. Jika tidak kita akan terus menyalahkan Tuhan bagi setiap permasalahan atau dugaan yang menimpa. Sebenarnya Tuhan menguji kekuatan iman atau faith kita kepadaNya. Buat setengah orang dugaan ini umpama tamparan maut, buat yang lain ia umpama tamparan iman. Ada yang menganggap kanser ini bala dan beban, ada yang menganggap kanser ini rahmat pula.
• Sebagai insan beragama, kita tidak boleh menyangkal bahawa kuasa Tuhan mengatasi penyelidikan sains dan perubatan. Sebenarnya, itu hakNya untuk menguji kita hamba-hambaNya. Dan menjadi hakNya juga untuk memilih siapa antara kita yang akan menerima dugaan berat ini. Ini menjadi Qadar dan Qada’ buat setiap manusia. Qadar adalah ketentuan Ilahi buat hambaNya baik perkara baik atau buruk. Manakala Qada’ adalah perlaksanaan bagi ketentuan tersebut. Kita wajib percaya bahawa Tuhan sudah menetapkan apa yang bakal kita tempuhi.
• Isi darah kita dengan banyak oksigen kerana kanser tidak boleh hidup jika badan kita mempunyai kandungan darah yang banyak oksigen. Berjalan, menaiki tangga, belajar teknik pernafasan tai-chi, aura therapy dan qigong adalah antara riadah yang dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. Semakin banyak oksigen, semakin tidak boleh hidup sel kanser itu.
• Ambil kira faktor istirehat yang boleh mengurangkan tekanan kerja atau peribadi. Melawati tempat-tempat seperti tepi-tepi pantai, bukit-bukau, atau tempat berair terjun, sungai dan jeram yang nyaman serta kawasan-kawasan peranginan dingin adalah satu terapi untuk badan. Tempat-tempat ini sebenarnya mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik ion-ion negatif di dalam badan kita. Merokok dan berada disamping orang yang kuat merokok juga bukanlah faktor istirehat yang dimaksudkan di sini.
• Kurangkan kandungan asid di dalam badan. Berfikiran positif juga menurunkan kadar asid di dalam badan kita. Kerap marah-marah pula sebaliknya akan meninggikan kadar asid di dalam badan. Merasa tertekan juga meninggikan asid di dalam badan. Kerap menangis, bersugul dan bermurung diri juga meninggikan kadar asid dalam badan. Sering berfikiran negatif(berfikiran/anggapan buruk pada orang, dengki, busuk hati, berdendam) juga menyebabkan asid di dalam badan meningkat tinggi. Semakin tinggi kadar asid di dalam badan, semakin suka kanser kerana ianya makanan tambahan untuknya membesar dengan cepat.
Sebaiknya, pilihlah untuk lebih jarang marah-marah. Memilih untuk lebih memaafkan juga mengurangkan kadar asid di dalam badan. Ianya juga membentuk peribadi seseorang yang lebih baik.
• Kita juga wajib percaya bahawa hanya Allah yang dapat menyembuhkan setiap penyakit. Kita diajar untuk sentiasa bersabar, tidak berputus asa, yakin dan meminta kepadaNya supaya diberi ketabahan dan kekuatan mental dalam menempuhi dugaan.


MAKLUMAT TENTANG SEL KANSER

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-
masing. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ianya
membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Ianya hanya akan dikesan
apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah
pencegahan:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di
dalam hayatnya.

2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser
dari membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam
sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan mengambil pemakanan tambahan yang sesuai boleh
mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang
sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan
rawatan radiasi.

6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi
melalui:

a. Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya
dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan
bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.

b. Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan
putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam
bukit.

c. Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek
usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya
tanpa gula.

d. Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan
daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit
ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan
parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.


PANTANG LARANG KANSER

Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega dan lain-lain

Seafood : seperti Gamat, Ketam, Sotong dan Udang (makan ini dapat menyubur kan sel kanser terutama gamat )

Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (Ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

Makanan seperti Daging merah wajib dielakan terutama Daging Lembu, Kambing, Unta , Rusa dan Khinzir.

Sayur dan Buah-buahan “bergetah dan berangin” seperti Nangka, Cempedak, Sukun dan kundur (Menyebabkan Kesakitan dan berdenyut).

Jangan memakan sebarang jenis Ikan yang mempunyai sisik yang banyak, seperti Ikan haruan, Ikan Merah, Ikan Gelama, dan sebarang jenis ikan yang bersisik.
Contoh Ikan yang tidak bersisik yang boleh di makan, seperti Ikan tongkol, Ikan Yu, Ikan Salomon, Ikan kembung, Ikan Keli, Ikan patin dan Lain-lain ( Ikan yang tidak mempunyai sisik dan berada di laut yang dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega merupakan makanan anti kanser)

Makanan segera dan sebarang produk dalam tin : Seperti Ikan sardin, buah laici dan jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mangandungi bahan pengawit.

Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakan untuk dimakan

Begitu juga makanan yang dipanggang dan dibakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang dan lain-lain harus di elakan keranan makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

NOTE:
1.ORANG YANG MEMPUNYAI PENYAKIT RESDUNG :- BOLEH BERKEMBANG MENJADI KANSER.
2.ORANG YANG BERPENYAKIT KENCING MANIS MEMPUNYAI 3KALI GANDA LEBIH TINGGI BERISIKO KANSER.
3.BUASIR:- BOLEH BERKEMBANG MENJADI KANSER JIKA TIDAK DI KAWAL


Tapai ubi untuk mencegah dan Merawat kanser?

JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda.

Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin.

Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960.

Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan.

Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).

Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.

Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut.

Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT.

Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.

Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza.

Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser.

Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan.

``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.


BETIK UBAT KANSER?

Daun Papaya atau betik mengandungi minerals and vitamins (A, C, B complex,b17, Vitamin k and E).

Rebuskan 2 helai daun betik bersama 1liter air mineral.
Biarkan ia mendidih dan menjadi ½ liter air. Amalkan 4 jam sekali.
1 Gelas sekali minum. 6 gelas sehari. Akan membantu menghilangkan kesakitan akibat penyakit kanser dan membunuh sel kanser sebab ia mengandungi B17.

Di dalam buku Papaya as Medicine, pengarangnya menggunakan muka surat 75-87 untuk menceritakan pengalaman-pengalaman penderita kanser (atau kanker di Indonesia), kebanyakannya orang Australia, sembuh dengan izin Allah, dengan meminum air rebusan daun betik.

Caranya :

1. Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
2. Basuh daun2 itu dan toskan.
3. Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
4. Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama 2 liter air sejuk.
5. Rebus perlahan2 sehingga mendidih dan air menjadi setengah.
6. Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
7. Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
8. Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
9. Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.


Bagaimana b17 membunuh sel kanser

Hasil kajian Ahli sains dan Ahli Biokimia tentang B17 telah di bukukan dan dirakamkan dalam bentuk VCD yang bertajuk “World Without Cancer” oleh G. Edward Griffin dan “Alive & Well” : One Doctor's Experience With Nutrition in the Treatment of Cancer Patients. Telah disiarkan dalam rancangan di sebuah station Tv di Malaysia baru baru ini.

Fakta dari hasil kajian mereka,kita kena faham bahawa tubuh badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka. Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyahkan toxsin dalam badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese, boleh di jumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh tubuh kita. Kecuali pada bahagian yang ada sel-sel kanser.

Seterusnya badan kita mempunyai enzim yang di namakan Beta-Glucosidase dapat di perolehi dengan banyaknya pada setiap sel kanser. Beta-Glucosidase hanya berada pada sel kanser sahaja. Pada sel badan yang tidak ada sel kanser tidak terdapat enzim ini. Biji buah Apricot mempunyai kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia. Vitamin B17 terdiri dari 2 bahagian glukosa, 1 Hidrogen Sianida dan 1 bahagian Benzaldehyde (pelali penahan sakit semulajadi ).

Apabila B17 memasuki kedalam badan manusia, ia akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese. Rhodanese akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehyde kepada 2 bahagian, Thiocyanate dan Benzoic asid merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme. Hasil proses metabolisme enzim tersebut menghasilkan vitamin B12. Lebihan dari proses metabolisme tersebut akan di keluarkan oleh sistem pembuangan kita. Vitamin B17 yang berada dalam tubuh kita tidak akan bertahan melebihi 80 minit ia harus diganti dengan pengambilan b17 dari biji apricot yang baru. Pengambilan biji apricot setiap 4 jam merupakan sebuah kaedah mengekalkan Vitamin B17 sentiasa berada dalam badan kita.

Bagaimana B17 Membunuh sel kanser

Apabila B17 bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat di pecahkan sebab tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser. Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini yaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser. Anda akan lihat sel-sel kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing. Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja. Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau ketoksikan selektif. Hanya sel-sel kanser sahaja di sasarkan untuk di musnahkan lihat gambar rajah di bawah.
Beginilah cara b17 dari biji apricot bekerja Ia telah terbukti dan berilustrasi untuk memusnah serta membunuh sel kanser dan menyuburkan sel yang sihat melalui B12. Jika anda melayari internet anda akan melihat fenomena ini digunakan Hospital Contreras di Mexico dan Harold Manner Hospital lebih 30 tahun yang lalu dan berjaya merawat 100,000 orang pesakit-pesakit kanser!.
Harapan kita untuk melihat budaya memakan biji apricot sebagai rawatan alternatif merawat pesakit kanser akan menjadi kenyataan apabila kesedaran ini menjadi satu budaya dalam kehidupan.

sebenarnya biji aprikot tidak mengandungi racun atau bahan seumpamanya yang merbahaya. Biji aprikot yang kaya dengan vitamin B17, apabila bertembung dengan sel kanser di dalam badan akan bertindakbalas dengan menghasilkan cyanide. Cyanide inilah kalau difahami secara kasar adalah sejenis racun.....Tetapi sebenarnya cyanide yang terhasil dari tindakbalas itu akan membunuh sel-sel kanser yang wujud didalam badan manusia. Perlu difahami bahawa cyanide yang terhasil dari tindakbalas Vitamin B17 dengan sel kanser adalah tidak sama dengan cyanide yang dikatakan racun itu. Mana-mana cyanide yang terbaki dari tindakbalas semulajadi diantara vitamin B17 dan sel kanser itu akan dineutralkan oleh hati. Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang tentang cyanide ini kerana ianya tidak merbahaya sama sekali. Malah cyanide ini tidak akan merosakkan mana-mana sel yang baik di dalam tubuh kita.

Kepada pengamal-pengamal biji aprikot, teruskan amalan anda....cuma perlu diingatkan disini, jangan memakan lebih dari 30 biji sehari bagi orang-orang yang normal. Bagi yang berpenyakit kanser, boleh memakan biji aprikot sehingga berjumlah 50-70 biji sehari. Untuk yang baru hendak mencuba, mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu. Jika sekiranya badan kita rasa OK, barulah tambahkan jumlahnya sedikit demi sedikit sehingga mencapai jumlah yang disyorkan iaitu lebih kurang 10-15 biji 2 kali sehari. InsyaAllah, amalan memakan biji aprikot dapat mencegah diri kita dari diserang penyakit kanser. Biji aprikot bukan sahaja boleh membantu kita dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit kanser tapi juga telah terbukti dapat membantu mereka yang menderita sakit buasir, darah tinggi, kencing manis, sakit sendi dan lain-lain.


Tatacara pemakanan biji apricot:-

makan 5 biji setiap 4 jam,dikunyah,itu adalah cara terbaik.

1. 15 min sebelum memakan biji aprikot ini hendaklah memakan sepotong buah betik atau nenas bagi pesakit yang mengalami luka dalam tubuh.
2. Cuci biji aprikot dengan air garam.
3. Ramuan diatas jangan dicampur dengan gula.
4. Bagi penderita kanser jangan memakan nasi sebelum jam 12 tengahari kerana ia akan bertukar menjadi gula dan ph5 yang sesuai untuk kanser merebak.
5. Simpan biji aprikot didalam peti sejuk, ia akan bertahan sehingga setahun.
6. Jangan memakan biji aprikot dengan buah badam.
7.jangan minum minuman bergula selepas memakan apricot,paling kurang 1 jam

Berhenti memakan gula. Kanser merupakan pemakan gula. Dengan mengurangkan bahan makan yang diperlukan oleh sel-sel kanser kita membantutkan dan membunuh pertumbuhan kanser itu.


PERINGATAN DAN AMARAN

Anda perlu menggunakan Biji Apricot raw yang telah di nyah affsla toxin atau di sebut "organik asenik". Biji Apricot Organik adalah Apricot 1st yang terbaik, contoh "Apricot Affsla free toxsin" adalah Apricot yang di gunakan dalam rawatan Kanser, bukan Apricot yang di gunakan dalam ramuan kosmetik.

Biji Apricot merupakan bahan asas rawatan untuk merawat segala jenis kanser
Anda jangan tersalah pilih jenis Apricot untuk rawatan dengan Apricot untuk membuat kueh.

Astro Oasis B17 Anti Kanser-biji apricot
Vitamin B17 atau dikenali Laetrile mampu meneutralkan kanser dan memulihkan pelbagai jenis penyakit kanser walaupun yg dah kronik....

Vitamin B17 mengandungi 2 bahagian glucose(gula), 1 bhgn Hydrogen Cyanide and 1 bhgn Benzaldehyde. seperti yg sedia maklum Hydrgen Cyanide dan Benzaldehyden adalah unsur2 sgt merbahaya namun demikian apabila kita memakan vitamin B17 ini kedua2 unsur tadi akan bertindak meneutralkan sel-sel yg dijangkiti oleh kanser lalu dikeluarkan dari dalam tubuh....

Telah dirahsiakan oleh para doktor di hospital2 sejak dahulu sbb ditakuti hospital akan kerugian jika ketiadaan pesakit....

Di Amerika seorg doktor yg menghidapi kanser tulang dikaki sehinggakan beliau tidak boleh berjalan telah menyuntik Laetrile dikaki beliau sambil menanti maut tetapi keajaiban berlaku apabila beliau terlena tidur dan apabila sedar dari tidur, kaki beliau pulih seperti biasa malah rasa lebih sihat...setelah bertugas semula di hospital beliau dipecat gara2 menggunakan Laetrile(vitamin B17)...kini beliau menetap di Mexico sbb negara Mexico satu2nya negara yg membenarkan penggunaan Laetrile dalam perubatan menymbuhkan kanser di dunia....

Ubat nie Halal....amalkan makan ubat ini selain dari sembuhkan kanser ubat nie jg boleh kuarkan toksid dalam badan...

vitamin B17 ni jg ada dalam buah-buahan spt bitter almond, apricot, blackthorn, cherry, nectarine, peach dan plum. Kalo nak khasiat lebih campur madu skit....


Merawat dan mencegah cancer:-

1.Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seawal jam 4 Pagi. Merupakan waktu yang paling lemah bagi sistem pertahanan sel kanser.
2. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 8.00 pagi.
P/s: Bagi pengidap kanser anda tidak di benarkan memakan nasi sebelum jam 12.00Tengahari. Nasi dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita, gula mempunyai kandungan ph5. Ph5 merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak.
3. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 12.00 Tengahari.
4. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 4.00 petang.
5. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 8.00 malam.
6. Mulakan dengan memakan sepotong buah betik atau Nenas, selepas 15_ 30 minit , minum “magic bullet drink”.“magic bullet drink”(15 _20 Biji Apricot di blender dengan ½ biji Appel + 2 gelas air (mineral ) tanpa gula.) Mula pengambilan seterusnya jam 12.00 malam.


Protokol pemakanan biji apricot untuk lain lain penyakit:-

Buasir biasa atau Buasir Berdarah
Menurut pengalaman saya buasir merupakan penyakit yang sangat mudah dirawat dengan menggunakan B17 ( Biji Apricot )
7-14 Biji diblender dengan buah betik sahaja di amalkan
Protokol 1.Minggu pertama 2 kali sehari (8am & 8pm )
Protokol 2.Minggu kedua 3 kali sehari (8am, 2pm & 8pm )
Protokol 3.Minggu ketiga 4 kali sehari ( 8am,12am, 2pm & 8pm )
Protokol 4.Minggu keempat 5 kali sehari(4.08 am,8.08am,12.08pm,4.08pm,8.08pm)
Protokol 5.Minggu kelima 6 kali sehari (4am,8am,12pm,4pm,8pm dan 12am)
Minggu ke enam mula dari protokol 1 hingga protokol 5, begitulah seterusnya.

Darah tinggi
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Kencing Manis
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

jantung dan Kardiovaskular
8-10 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Mengurangkan bintik-bintik hitam & jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit kasar . hasilnya kulit terlihat lebih berseri-seri dan pemukaan kulit wajah lebih halus
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah terutama lobak merah ( carot ). Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Radang paru-paru
7- 10 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah. Amalkan 2 kali hingga 3 kali sehari.

Asma/alahan / resdung
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Autoimmune / SLE
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Menghilangkan Keputihan
3-5 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah apple. Amalkan 3 kali sehari.
P/s : Pantang makan kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih ( sebarang sayur yang berwarna putih )
PANTANG INI HANYA UNTUK ORANG KEPUTIHAN SAHAJA.

Senggugut
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Melancar perjalanan darah haid
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Menghilangkan bau hamis faraj
5-7 Biji di makan begitu saja atau diblender dengan sebarang jenis buah ( apple, angor, carot, tembikai dll ). Amalkan 3 kali hingga 4 kali sehari.

Penjagaan Apricot
1.Simpan biji apricot ini di dalam peti sejuk.
2.Basuh dengan air garam sebelum anda memakanya.
P/s : Apricot tidak boleh di makan bersama buah badam

Note : The above information is used only for education purposes and should not be taken as medical advice and treatment of diseases.

No comments:

Post a Comment