Saturday, November 28, 2009

HIMPUNAN DOA-DOA SYIFA

Doa Pelindung Diri

Dalam menghadapi cubaan-cubaan kehidupan termasuk wabak penyakit yang menular, Islam mengajar kita supaya memperbanyakkan doa. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): Sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 186)
Diantara doa yang ma’thur yang dianjurkan untuk dibaca pagi dan petang sebagai pelindung diri dan keluarga khususnya selepas mendirikan solat ialah:

“Aku membenteng diriku dengan Tuhan yang memiliki kemuliaan dan kekuatan. Aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam. Aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup, yang tidak mati selama-lamanya. Hindarkanlah daripada kami bala dan wabak. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.”

Bacalah doa ini

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

[Dengan nama Allah yang dengan namanya, tidaklah memudharatkan segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim
p/s: Tadi di dalam khutbah Shaikh AbdurRazak as-Sa'di menyeru agar jemaah membaca doa ini bagi menghadapi musibah H1N1 yang semakin ganas.


DOA PENAWAR BARAH (CANCER)
Dari Dr Fatma azzahra dan Dtk Haron Din.

Mula-mula bacalah ayat-ayat ini sebanyak 7 X ke dalam air zam-zam atau air biasa (paling baik air Rx) dan minyak zaitun. Banyak mana air? cukup2 untuk minum seminggu (3 cawan sehari) juga cukup2 mandi seminggu (bilasan terakhir). Minyak zaitun pulak mencukupi untuk disapu di tempat sakit selama 21 hari.

1. al Fatihah
2. al Baqarah (ayat 1-5)
3. al Baqarah (ayat 164-165)
4. al Baqarah (ayat 255-257)
5. al Baqarah (ayat 285-286)
6. al Imran (ayat 1-5)
7. al Imran (ayat 18)
8. al Imran (ayat 26-27)
9. al Araaf (ayat 54-56)
10. al Araaf (ayat 117-119)
11. Yunus (ayat 80-82)
12. Thaha (ayat 65-69)
13. al Mukminun (ayat 115-118)
14. al Hasyr (ayat 21-24)
15. as Shafaat (ayat 1-15)
16. ar rahman (ayat 31-33)
17. al Mulk (ayat 3-4)
18. al Qalam (ayat 51-52)
19. al Jin (ayat 3)
20. al kafiruun
21. al Falaq
22. an Naas

Jika leukimia, sapulah minyak pada tulang belakang kaki kanan dan kiri.
Jika breast cancer / kanser rahim/ kanser paru2 memadailah sapu minyak di bahagian luaran saja.


Satu lagi doa (Datuk Haron Din)

DOA BARAH

untuk merawat pelbagai jenis barah,kombinasi bacaannya ialah :-
1)surah Al-Fatihah dengan satu nafas - kekelkan dengan 7 wakaf walaupun satu nafas.
2)surah Al-Ikhlas 4X baca dengan satu nafas - kekalkan dengan 4 wakaf walaupun satu nafas.
3)Doa mengecilkan bengkak

xsiap lg...sory..heheh

No comments:

Post a Comment